Monday, 31 October 2011

CONTOH AYAT NILAI MURNI

1.      Kita mestilah menghargai dan menguruskan masa dengan baik kerana masa itu emas.
2.      Kita hendaklah melakukan aktiviti yang berfaedah kerana masa sangat berharga.
3.      Kita perlulah mengisikan masa yang terluang dengan membaca supaya menambahkan ilmu pengetahuan kita.
4.      Kita haruslah mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
5.      Kita haruslah berhati-hati dalam hidup kita agar sentiasa selamat daripada bahaya.
6.      Sikap maaf-bermaafan perlulah diamalkan supaya kehidupan kita sejahtera.
7.      Kita haruslah bersopan-santun di mana-mana kita berada.
8.      Kita perlulah mementingkan keselamatan diri pada bila-bila masa sahaja agar tidak berlaku kemalangan.
9.      Kita patutlah mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang.
10. Kita perlulah menyedari kepentingan ilmu dan rajin belajar untuk berjaya dalam pelajaran.
11. Kita haruslah mementingkan kebersihan persekitaran dan bekerjasama membersihkan sampah-sarap.
12.      Kita  haruslah bersifat baik hati dengan membantu orang yang memerlukan bantuan kita.
13.      Semangat kejiranan perlulah dipupuk sejak kecil di kalangan penduduk setempat.
14.      Kita haruslah bersikap ranji untuk membantu ahli keluarga agar dapat meringankan beban mereka.
15.      Kita haruslah bergotong-royong untuk memastikan tempat tinggal kita kelihatan ceria dan manarik.
16.      Kita wajarlah mengambil berat terhadap ibu bapa kita dan cuba memahami perasaan mereka.
17.      Kita haruslah berterima kasih dan mengingati jasa orang yang telah membantu kita.
18.      Kita seharusnya berusaha bersungguh-sungguh agar cita-cita kita tercapai.
19.      Kita haruslah menjaga kebersihan diri agar kita sentiasa sihat dan cergas.
20.      Kita perlulah berhati-hati dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan walaupun di mana kita berada.
21.      Kita mestilah mengamalkan cara hidup yang sihat supaya tubuh badan kita sihat.
22.      Kita patutlah cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam diri kita untuk memperolehi kejayaan.
23.      Kita haruslah bersikap jujur agar orang ramai akan mempercayai kita.
24.      Amalan bertanggungjawab perlulah disemai dalam hidup kita agar kita menjadi lebih berdisiplin.
25.      Kita haruslah memuji sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan yang baik dalam kehidupan seharian mereka.
26.      Kita wajarlah berbudi bahasa kerana ini akan mencerminkan keperibadian kita kepada orang lain.
27.      Kita haruslah mempunyai sikap prihatin dan bersimpati terhadap mereka yang malang.
28.      Kita patutlah bekerjasama untuk melakukan sesuatu perkara kerana kerja yang berat boleh menjadi ringan.
29.      Kita mestilah mengambil berat akan harta benda awam yang disediakan oleh pihak kerajaan kerana harta benda ini adalah untuk kemudahan kita semua.
30.      Kita sewajarnya bersikap tertib semasa berada di dalam pengangkut awam untuk memastikan keselamatan diri.
31.      Kita hendaklah mempunyai sikap suka menderma jika kita ada kelebihan sama ada dalam bentuk barang, makanan ataupun wang ringgit.
32.      Kita perlulah mengingati pesanan orang yang lebih berpengalaman daripada kita.
33.      Kita haruslah cepat sedar dan mengakui kesalahan selepas mendapati diri kita melakukan kesalahan.
34.      Kita sepatutnya bersikap ikhlas semasa memberi bantuan atau sesuatu barang kepada orang lain dan tidak memerlukan pembalasan/ tanpa mengharapkan pembalasan.
35.      Kita seharusnya mendengar nasihat ibu bapa kerana nasihat yang diberikan adalah untuk kebaikan kita.
36.      Kita mestilah menghargai kemudahan awam dan berusaha untuk menjaganya dengan baik.
37.      Kita seharusnya mempunyai sikap prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan kawasan sekeliling.
38.      Kita haruslah menjaga kebersihan diri agar tidak mudah dijangkiti penyakit.
39.      Kita perlulah memilih hobi yang baik agar dapat mengisi masa dengan berfaedah.
40.      Kita mestilah mempunyai sikap belas kasihan terhadap mereka yang kurang bernasib baik.
41.      Kita haruslah bersikap ringan tulang dalam menjalankan urusan seharian.
42.      Kita patutlah menghargai segala pengorbanan ibu bapa yang telah mendidik dan membesarkan kita.
43.      Kita patutlah berterima kasih kepada guru yang telah mendidik kita.
44.      Kita seharusnya berdikari untuk melakukan sesuatu perkara dan tidak bergantung kepada orang lain.
45.      Kita haruslah mengamalkan sikap kasih saying kepada setiap ahli keluarga agar kehidupan lebih bahagia.
46.      Kita seharusnya mementingkan pelajaran untuk memperbaiki kehidupan kita kerana pelajaran dapat menjamin masa depan yang lebih cerah.
47.      Kita haruslah berdisiplin dan mencintai Negara dengan menghormati lagu kebangsaan.
48.      Kita mestilah menghargai alam sekita agar alam sekita terpulihara.
49.      Kita haruslah mengeratkan hubungan antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agam dan budaya.
50.      Kita perlulah pandai memilih rakan yang baik supaya mereka akan membantu kita untuk menjayakan pelajaran.
51.      Kita seharusnya bangun awal agar tidak lewat ke sekolah.
52.      Kita hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
53.      Kita perlulah tidur awal supaya segar dan ceria pada keesokan hari.
54.      Kita haruslah memastikan diri kita sempurna dan kelihatan kemas dsebelum ke sekolah.
55.      Kita haruslah mewujudkan hubungan yang mesra dan erat semasa melakukan aktiviti kekeluargaan/ bergaul dengan ahli keluarga.
56.      Kita mestilah menjaga/ menyayangi ahli keluarga dengan penuh kasih sayang.
57.      Kita hendaklah prihatin dan mengambil berat terhadap orang yang lemah dan memerlukan pertolongan.
58.      Kita wajarlah mengamalkan cara hidup berjimat cermat dengan berbelanja mengikut keperluan kita.
59.      Kita seharusnya bersikap rasional, prihatin dan cepat berfikir untuk membuat keputusan membolehkan seseorang itu diselamatkan.
60.      Kita haruslah menumpukan perhatian semasa guru mengajar untuk menunjukkan tanda hormat kita.
61.      Sikap bekerjasama dan mengadakan perbincangan dapat merapatkan hubungan antara kawan, guru dan keluarga.
62.      Kita haruslah bergotong-royong untuk memastikan tempat tinggal kita kelihatan ceria dan menarik.
63.      Kita perlulah berbuat baik dengan ibu bapa dan saudara mara serta masyarakat agar kita sentiasa dihormati orang lain.
64.      Amalan bersarapan dengan keluarga dapat mewujudkan hubungan mesra.
65.      Menjaga kebersihan adalah amalan yang terpuji dan dapat memastikan kebersihan kelas.
66.      Kita sewajrnya bersedia lebih awal sebelum melakukan sesuatu perkara bagi mengelakkan keadaan kelam-kabut.
67.      Kita perlulah mematuhi nasihat dan mendapatkan keizinan ibu bapa sebelum melakukan sesuatu tindakan.
68.      Kita sepatutnya bergati-hati ketika berada di jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan.
69.      Kita haruslah sanggup memohon maaf jika sudah melakukan kesalahan.
70.      Kita mestilah gigih berusaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
71.      Kita seharusnya bersyukur dengan apa sahaja pemberian tuhan dan jangan sekali menyesal.
72.      Sikap bantu-membantu perlu diamalkan untuk mengatasi masalah.
73.      Kita mestilah rajin berusaha agar tercapai cita-cita yang diimpikan.
74.      Kita haruslah bersemangat waja untuk mengharumkan nama sekolah atau negara.
75.      Kita sewajarnya menyemai semangat patriotik dan cinta akan negara untuk mencapai kegemilangan.
76.      Kita patutlah menjaga kebersihan diri dengan berpakaian kemas agar sentiasa selesa.
77.      Kita seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada adik-adik.
78.      Kita hendaklah memelihara alam sekitar agar sentiasa bersih.
79.      Kita perlulah berbudi bahasa dan bersopan-santun terhadap orang yang lebih tua daripada kita.
80.      Kita mestilah  mempunyai matlamat hidup yang jelas supaya masa depan lebih terancang.
81.      Kita mestilah sentiasa beringat dan berwaspada ketika berada di mana-mana sahaja kerana malang tidak berbau.
82.      Kita hendaklah sentiasa bersifat sabar dan tidak terburu-buru apabila melakukan sesuatu kerja.
83.      Kita perlulah sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup dan tidak cepat berputus asa.
84.      Kita dapat mengeratkan hubungan persahabatan melalui pelbagai acara sukan.
85.      Kita sewajarnya bersukan agar mengelakkan diri kita daripada menghidapi penyakit.
86.      Seorang yang baik hati itu selalu menolong rakan-rakan, pasti disayangi orang ramai.
87.      Kita haruslah berbelanja dengan bijak dan tidak boros.
88.      Kita mestilah bertindak dengan cekap dan berani semasa menghadapi sesuatu situasi kecemasan.
89.      Kita patutlah mengamalkan sikap berdikari dalam diri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

3 comments: